Wednesday 17 September 2014

BAB 2 : PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKKAN MALAYSIA


BAB 2 

2.1  PERJUANGAN KEMERDEKAAN 


DASAR PENYATUAN


 British sudah merancang membentuk Liga Malaya atau Kesatuan sejak tahun 1930-an. Bahkan kalau dilihat dasar desentralisasi yang merupakan langkah pertama untuk memujuk negeri-negeri di luar Negeri-negeri Melayu Bersekutu dijalankan sejak tahun 1990. penaklukan jepun dilakukan dalam masa yang singkat (bermula 8 Disember 1941- 31 Januari 1942) dan pemerintahannya (Disember 1941-Ogos 1945) telah mengejutkan pihak British. Penyatuan pentadbiran dianggap satu bentuk penyelesaian yang munasabah bagi pertahanan Tanah Melayu bagi masa yang akan datang. British berpendapat untuk mengubah dasar dan sruktur Tanah Melayu sebelum perang.Rancangan Kesatuan Malaya telah diputuskan oleh Whitehall. Pada bulan Oktober 1945, kerajaan British menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama sebelum perang :



a.       Kedaulatan raja-raja.

b.      Autonomi negeri-negeri Melayu.
c.       Hak istimewa orang Melayu.

      
Pejabat perang dan kolonial merancang untuk membina Tanah Melayu selepas ditakluk semula secara ketenteraan. Dan selepas itu, pentadbiran Tanah Melayu akan diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Pemerintahan tentera dianggap masa yang sesuai untuk memaksa dasar-dasar British ke atas Tanah Melayu. Bagi merancang langkah-langkah yang perlu diambil, kerajaan British menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU (Malayan Planning Unit). 



RANCANGAN MASA PERANG 

  • MPU ditubuhkan pada pertengahan tahun1943 dan diletakkan di bawah Jabatan Timur Jauh Pejabat Tanah Jajahan yang diketuai oleh Edward Gent. MPU diketuai oleh Jeneral Ralph Hone. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam unit ini antaranya Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan kolonel M.C Hay. 
  • Manakala Victor Purcell diberi tugas untuk meneliti hal ehwal orang cina. MPU meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya bagi membantu penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Ramai antara mereka yang menghantar memorendum kepada MPU.
  • Pada peringkat awal , British berpendapat Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat (kecuali Singapura) dan Borneo British perlu disatukan manakala Singapura diberi status khas. Bagaimanapun menjelang bulan Mac,1943, Borneo British dianggap belum bersedia untuk menyertai kesatuan.Pada bulan Mei 1944 kabinet perang British bersetuju untuk mengubah perlembagaan dan sistem pentadbiran Tanah Melayu sebelum perang. 
  • Matlamatnya untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan sebagai langkah awal ke arah pemerintahan demokratik. British juga akan menggalakkan penyatuan kaum dalam pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri. Ralph Hone berpendapat sebelum perlembagaan Malayan Union diperkenalkan, satu perjanjian baru dengan sultan-sultan diperlukan. Masa yang sesuai untuk berunding dengan mengugut ialah sewaktu pemerintahan tentera.



PENTADBIRAN TETERA BRITISH (BMA)




Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Pihak British mempunyai kuasa penuh dalam semua bidang dan bertanggungjawab ke atas Tanah Melayu. Tanah Melayu diletakkan dibawah BMA (British Military Administration). Mejar Jeneral Ralph Hone (bekas ketua MPU) dilantik sebagai ketua Pegawai Hal Ehwal Awam manakala Brigadier H.C. Willan sebagai pembantu. BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan British, memelihara undang-undang dan peraturan, mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi tujuan pemulihan serta membuat persediaan ke arah pemerintahan awam.Pentadbiran tentera di Tanah melayu bermula pada bulan September 1945 hingga Mei 1946. Pada asasnya, pentadbiran ini merupakan organisasi tentera. Walaupun begitu, terdapat juga penasihat, terdiri daripada orang awam. Sebahagian besar pentadbir-pentadbir BMA tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal menangani masalah yang ditinggalkan oleh kesan peperangan. Antara masalahnya :



     a. BMA tidak dapat mengawal tentera-tenteranya 
         yang bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar 
         undang-undang. 

   b.BMA menimbulkan kesulitan rakyat dengan
      tindakan segeranya mengumumkan wang 
     Jepun tidak laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli
      barang keperluan dan memberi tekanan ekonomi
      kepada  rakyat.


 c.BMA gagal mengatasi warisan zaman 
   Jepun seperti pasar gelap, penyeludupan, rasuah dan 
   sebagainya.

d.Pergaduhan kaum dan balas dendam berlaku
   secara berleluasa dan BMA gagal menenteramkan keadaan.


Akibat pelbagai masalah, BMA menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada bulan April 1946. Langkah ini diharapkan  dapat memberi keyakinan baru di Tanah Melayu.



PERLEMBANGAAN MALAYAN UNION

  • Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kebinet oleh kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan diumumkan pada bulan Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan pada 1 Januari 1946. Butir-butir perlembagaan dikeluarkan dalam warta kerajaan “ Kertas Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946.
  • Menurut perlembagaan Malayan Union negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan perlu kerana sebelum ini tiap-tiap negeri menjalankan pentadbiran membuat undang-undang sendiri dan sukar untuk menyerahkannya. 
  • Walaupun pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan hal ehwal tempatan tetapi dengan persetujuan pusat.Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan ialah gabenor dengan dibantu oleh  Majlis Eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha, Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang akan ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima orang ahli tidak rasmi.
  • Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi , dan ahli rasmi tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga kumpulan kaum utama – (1) melayu (2) Cina dan (3) Eropah, India, Eurasian dan sebagainya. Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli.
  • Negeri-negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. Baginda akan melantik ahli-ahli majlis, tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor. Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat melayu. Bagaimanapun hal ini mesti dirujukkan kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat persetujuan Residen.

  • Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama ini menjadi hak istimewa raja-raja .
  • Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi kepentingan imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang melayu ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union. Mereka yang layak mendapat kerakyatan :



   A. Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singpura.

   
   B. Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada 
       15 tahun  yang lalu.

   C. Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau 
        Singapura  selama 5 tahun.

   D. Rakyat Btish boleh mendapat kerakyatan 
        Malayan Union  tanpa hilang kerakyatan British.

    E. Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.





KEDUDUKAN SULTAN



  • Sultan yang naik tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada sultan Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor pada mulanya disingkirkan oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan Sultan Musaudin. Apabila British kembali, Sultan Musaudin dibuang di buang ke Pulau Cocos dan Sultan Alam Syah dirajakan semula.



  • Sultan yang menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada Sultan Ali (Terengganu), Raja Syed Hamzah (perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan Sultan Badlisyah (Kedah). Pihak British belum membuat keputusan muktamad tentang kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa pentadbiran Jepun. 


  • Pihak British mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan akan menandatangani perjanjian baru jika mahu kedudukan bagunda di iktiraf. Orang yang ditugaskan untuk mendapat tandatangan sultan ialah Sir harold Mcmichael. Sebelum itu, H.C.Willan ditugaskan untuk bersemuka dengan sultan-sultan bagi mengetahui reaksi awal.


MISI MAC MICHAEL


  • Sir Harold Mac Michael seorang yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat di Sudan, Sub, Gabenor Wilayah Darfur, Penolong Setiausaha Awam, Gabenor Tangayika (1933-1937) dan Pesuruhjaya Tinggi Palestin dan Trans-Jordan (1938-1944).
            
  • Mac Michael tiba di pelabuhan Kelang pada 11 Oktober 1945 dengan kapal H.M.S Royalist. Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon dan A.T. Newboult. MacMichael dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapat perjanjian baru dengan sultan-sultan. 


  • Dengan perjanjian baru, kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan sepenuhnya kepada British. Setelah itu, barulah British dapat membentuk perlembagaan Kesatuan Malaya . Mac Michael memulakan misinya ke Johor. Pada18 Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh British sebagai pro-Jepun telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru. Selepas itu, Mac Michael menghadap
                            

                     i.    23 Oktober- Sultan Alam Syah (Selangor)

                     ii.   31 Oktober- Sultan Abu Bakar (Pahang)
                     iii. 13 November – Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman. 


                         (Negeri Sembilan)

                     iv.  20 November- Sultan Abdul Aziz. (Perak).
                     v.  2 Disember – Sultan Badlisyah (Kedah).
                     vi.  Raja Syed Putera (Perlis)
                     vii. 17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan).
                     viii. Sultan ISmail (Terengganu).



  • Mac Michael mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama Sultan Badlisyah dan Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
  • James Allen berpendapat Malayan Union dirancang kerana sentimen anti-melayu dan sebagai penghormatan kepada orang cina yang menyokong British semasa perang. 


  • Pandangan ini disetujui oleh beberapa pengkaji yang beranggapan matlamat Malayan Union ke arah membentuk nasionalisme dan kesedaran Malaya dimana rakyat berbilang kaum akan memberi taat setia. Dan tentunya juga rancangan ini kerah menjayakan dasar dekolonisasi British.


REAKSI BUKAN MELAYU
  • Kerajaan british tidak segera menerbitkan Kertas Putih Malayan Union. Berita tentang penubuhannya hanya diketahui melalui siaran radio BBC pada hari Selasa 22 Januari. Berita akhbar dikeluarkan  oleg Reuter. Apabila Kertas Putih dikeluarkan tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi akhbar cina, berita yang lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour Union) di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh PKM.

  
  • Terdapat dua kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam kewarganegaraan lebih kepada kerakyatan China. Tanah Melayu hanya negara kedua. Dua tokoh penting kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa.  Kumpulan kiri yang diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas Putih malayan union. 

  • Satu perkara yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan kerajaan demokratik dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara keseluruhannya konsep Malayan. Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan negara merdeka komunis.

  • PKM menganggap Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini diperteguhkan lagi dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain yang ditentang oleh PKM ialah keahlian dewan undangan dan eksekutif yang tidak demokratik. PKM mahu diadakan pemilihan umum . 

  • Bantahan-bantahan PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk berjuang secara perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk mencapai kekuasaan. PKM memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan raya diadakan.

  • Terdapat kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang mederate menerima Kertas Putih Malayan Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini menubuhkan Parti Berbilang Kaum iaitu MDU (malayan Demikratik Union) pada 21 Disember 1945. Kebanyakan tokohnya berpendidikan Inggeris. Bagaimanapun MDU akhirnya dipengaruhi oleh komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM dalam parti ini. MDU menuntut beberapa perkara :
       


        I      Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.

        II     Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21 tahun dan keatas .
        III    Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan  Undangan.
        IV    Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
        V     Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan  akhbar.
        VI    Reformasi pendidikan.
        VII   Meningkatkan taraf hidup rakyat.



RAKYAT ORANG MELAYU


  • Semasa Malayan Union hendak dilaksanakan keadaan di Tanah Melayu tegang. PKM mendalangi beberapa tunjuk perasaan berhubung tuntutan gaji. Ketegangan dan pergaduhan kaum juga berlaku di Johor, Melaka, Pahang, Kelantan, Kedah Perak dan Terengganu. Rakyat Tanah Melayu juga sedang menghadapi masalah-masalah kekurangan makanan. Dalam keadaan sebegini rancangan yang dianggap merugikan rakyat melayu tentu mereka menentang.


      (a) Akhbar-akhbar

       
  • Kertas Putih Malayan Union dilihat dengan rasa takut, marah dan curiga. Berbanding dengan akhbar-akhbar bukan melayu, akhbar-akhbar melayu menerbitkan laporan Reauter tentang rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union.
  • Akhbar-akhbar melayu yang yang lantang menentang ialah Warta Negara (Pulau Pinang), Majlis (Kuala Lumpur), dan Utusan Melayu(Singapura). Akhbar-akhbar ini mendesak orang melayu mengadakan perhimpunan melayu seluruh tanah melayu bagi merapatkan barisan menentang Malayan Union. 

  • Akhbar juga mahu orang melayu menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu Melayu. Akhbar berperanan menyiarkan berita-berita,komentar dan rencana-rencana menentang Malayan Union tidak lain daripada menimbulkan keburukan. Akhbar majlis pula menganggap orang melayu akan menjadi red indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia.


      (b)   Sultan-sultan

  • Ada antara sultan yang sudah mengatakan kebimbangan sejak misi MacMichael .Sultan Abu Bakar (Pahang) menyerahkan memorandum kepada Mac Michael yang menyerahkan soal imigresen, pelajaran untuk Orang Melayu, dan hak istimewa orang melayu. Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Empat juga melahirkan rasa tidak puas hati kepada Mac Michael. Sultan Abdul Aziz (Perak) juga meminta kepentingan orang melayu dipelihara.
  • Setelah sultan-sultan menandatangani perjanjian dangan Mac Michael dan setelah bantahan hebat orang melayu beberapa orang sultan telah membuat bantahan kepada kerajaan British. Sultan Badlishah (Kedah) telah menghantar kawat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Baginda mengecam perjanjian baru dan cara Mac Michael berunding dan mengugut. 
  • Baginda menganggap perjanjian yang ditandatangani tidak sah kerana dipaksa. Pada 30 Januari 1946, Sultan Abdul Aziz (Perak) menghantar protes kepada Lord Marchwood dan Lord Elibank.Sultan-sultan telah bersatu secara tidak rasmi dibawah Sultan Kedah Dan Perak. 

  • Ekoran daripada itu, sultan Kelantan, Selangor, Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Dan Raja Perlis juga menulis petisyen kepada kerajaan British. Bagi menunjukkan perpaduan Sultan Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan menghantar petisyen bersama kepada Hall. Sultan-sultan tidak membantah dasar British tetapi mahu kepentingan orang Melayu dipelihara.  
    

       (c)  Pertubuhan-pertubuhan Melayu


  • Pertubuhan-pertubuhan Melayu yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas British kembali berkuasa telah menghantar petisyen bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan. Surat bantahan yang panjang dihantar oleh Persatuan Melayu dari Kedah dan Perlis.
  • Selain menghantar surat bantahan pertubuhan-pertubuhan Melayu juga melancarkan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang terbesar dilakukan di Kota Bharu pada 15 Disember 1945. Tunjuk perasaan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kelantan dan disertai oleh 10ribu orang sebagai membantah kedatangan Mac Michael. 
  • Persatuan Melayu Kedah melancarkan tunjuk perasaan Alor Setar pada Januari 1946 dengan disertai 50 ribu orang. Tunjuk perasaan dianjurkan sekali lagi pada bulan berikutnya.Persatuan-persatuan Melayu bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga turut mengkritik sultan-sultan yang menandatangani perjanjian Baru. 
  • Persatuan melayu di Johor mengkritik Sultan Ibrahim yang menandatangani perjanjian tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Ini dianggap bertentangan dengan perlembagaan negeri. Antara tokoh penentang di Johor termasuklah, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. aAwang Hassan dan Dr. Hamzah Hj. Taip.
  • Dalam jangka waktu 1945-1948 terdapat beberapa kumpulan radikal melayu sama ada pro atau anti-Malayan Union. Sekumpulan Melayu yang masih memperjuanglan gagasan Indonesia/ Melayu Raya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM diilhamkan daripada Parti Nasionalisme Indonesia pimpinan Sukarno. 
  • Dalam  kongres tahunan yang diadakan di Ipoh pada 30 November  1945, PKMM menggariskan lapan garis perjuangan. Garis perjuangan PKMM  selari dengan PKM. Ini tidak menghairankan kerana Pengerusi PKMM iaitu Makhtaruddin Lasso sememangnya aktivis komunis Indonesia. Anggota PKMM  terdiri daripada bekas ahli KMM dan KRIS. PKMM menyokong konsep ‘union’ yang dianggapnya lebih radikal dan bersifat republik. PKMM menuntut kemerdekaan dan Dewan Perwakilan yang dipilih. Parti ini menerbitkan akhbar Pelita Malaya danSuluh Malaya.

PERPADUAN MELAYU

  • Pada awalnya, pertubuhan melayu tidak bersatu untuk menentang Malaya Union dan perpaduan tidak menguntungkan ke arah pan Melayu Malaya. Editor akhbar Majlis, Mohd Yunus Hamidi mencadangkan supaya Dato’ Onn  Jaafar dilantik menjadi pemimpin kongres Melayu Se-Malaya manakala beliau yang juga setiausaha Persatuan Melayu Selangor ditugaskan untuk mengajak persatuan-persatuan lain menerima Dato’ Onn.
  • Dato’ Onn memulakan kempennya menentang Malayan Union di Johor menerusi pertubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Akhbar Warta Negara mencadangkan satu kongres Melayu diadakan bagi mengatasi masalah perpecahan Melayu. Salah satu cadangan mengatasi masalah perpecahan dan ke arah perpaduan, orang Melayu memerlukan kepimpinan yang kuat. Orang yang ditunjuk untuk mengetuai orang Melayu ialah Dato’ Onn. Ini dicadangkan oleh editor akhbar Majlis pada 12 Januari 1946.
  • Dato’ Onn mencadangkan supaya Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Melaka kerana dianggap tempat paling bersejarah. Namun ramai yang mencadangkan Kuala Lumpur sebagai tempat persidangan kerana lebih sesuai dari segi kemudahan. Jawatankuasa Kongres dipilih daripada Persatuan Melayu Selangor dan dipengerusikan oleh Zaaba. Kongres Melayu Semenanjung diadakan pada 1 Mac 1946 selama 4 hari di Kelab Sultan Sulaiman yang dipengerusikan oleh Hishamuddin. Seramai 200 orang perwakilan yang mewakili 41 pertubuhan yang hadir.
  • Kongres menekankan dua perkara. Pertama, usaha menubuhkan Pergerakan Kebangsaan Melayu dan Kedua ialah, kempen menentang Malayan Union. Semua perwakilan bersetuju jika rancangan Malayan Union  digagalkan maka pembentukan organisasi kebangsaan yang berkesan diperlukan.  Dan matlamat ini akan hanya dicapai melalui perjuangan.
  • Dato’ Onn telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Seorang perwakilan, Dato’ Hamzah Abdullah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan ini disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau ringkasnya PEKEMBAR. Bagaimanapun pertubuhan ini lebih dikenali sebagai UMNO. Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk merangka peraturan dan perlembagaan.
  • Apabila Kongres kedua diadakan di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei, penubuhan UMNO diterima.Dato’ Onn dilantik sebagai presiden dan Panglima Bukit Gantang sebagai Pemangku Setiausaha. Dalam kongres ini, enam resolusi diputuskan berhubung dengan perlembagaan. Kongres telah menghantar telegraf kepada Perdana Menteri Britain dan kumpulan-kumpulan yang bersimpati di England.Sehari sebelum Malayan Union dirasmikan dan pelantikan gabenor, pemimpin-pemimpin kongres Melayu mengadakan sidang tergempar dan merancang memboikot pelantikan gabenor.
  • Sultan-sultan yang menginap di Hotel Stesyen, Kuala Lumpur untuk hadir di upacara rasmi pelantikan gabenor didatangi oleh pemimpin-pemimpin kongresdan baginda-baginda telah bersetuju untuk tidak hadir di upacara yang diadakan pada 1 April.



SOKONGAN MELAYU


  • Kempen orang Melayu menentang Malayan Union mendapat simpati daripada beberapa orang bekas pegawai MCS yang penting. Banyak telegram dihantar kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapat sokongan. Antara mereka yang bersimpati termasuklah Frank Swettenham dan Richard Windstedt. Kedua-dua mereka berpendapat pentadbiran Tanah Melayu sebelum peperangan telah memberi sumbangan yang besar. 
  • Oleh itu, perubahan struktur yang terlalu besar tidak diperlukan. George Maxwell yang mulanya menyokong Malayan Union kemudiannya menentang apabila detail tentangnya dikeluarkan. Dua perkara yang tidak disenangi ialah soal kewarganegaraan dan bentuk kesatuan.
  • Bantahan-bantahan di London menyebabkan Pejabat Tanah Jajahan menjemput bekas-bekas pegawai untuk berbincang. Mereka mewakili pro-Melayu, Cina dan berkecuali. Kuampulan pro-Melayu lebih ramai dijemput termasuklah Laurence Guillemard, Andrew Caldecott, R.O Winstedt, Sir Cecil Clementi, Frank Swettenham dan George Maxwell.

TAMATNYA MALAYAN UNION


                                          





  • Akibat bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans dan Lt. Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu. Setiap tempat yang mereka lawati disambut dengan tunjuk perasaan anti-Malayan Union. Kerajaan British kemudiannya bersetuju berunding dengan wakil-wakil sultan dan UMNO dalam usaha merangka satu persekutuan baru. Skim persekutuan yang dicadangkan menamatkan Malayan Union.

                   










    2.2 PEMBENTUKKAN MALAYSIA

  • Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea     itu kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september       1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di         Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. 

  • Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.

  • Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia 



  • Peringkat awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. 



  • Sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British.



  • Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.

                            


  • Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan sebilangan besar orang ramai. 

  • Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.

  • Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. 

  • Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.
  • Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.
  • Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.



Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
  • Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.

 Perkara satu - Agama -Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:

  • " walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."
  • Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

  • Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

       
Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)

    • " bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16) berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. 

    • Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.



    Perkata tiga- Imigrasi

    • " kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. 

    • imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan.

    • Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.
    • Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.



    Perkara empat - Pelajaran

    • " sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.


    Perkara lima - Perkhidmatan Awam
    • " Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"


    • Tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .

    • Dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam.


    •  Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.


    Perkara enam– Kerakyatan

    • "saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

        a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi
            peruntukan menetapkan selama lima tahun.

        b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, 
            perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada 
            sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"


      c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi 
         sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang 
         yang lahir di Borneo Utara  selepas Malaysia  mestilah menjadi 
            warganegara persekutuan . 


    • Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukakan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.


    Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan


    • " ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."

    • Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. 

    • Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)




    Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.

    • "ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"


    Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang


    • Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia:
           

            Senarai 1  : Di bawah Kuasa Persekutuan

            Senarai 2  : Di bawah Kuasa negeri.
            Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri 

                              di Borneo

            Senarai 3  : Di bawah kuasa bersama
            Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi 

                              negeri-negeri Borneo.

    • Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

    • Sementara Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.

    Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera

    • Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

    • Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.


    Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan

    • "tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan."

    • Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.




    Perkara dua belas- Undang-undang masa Kini

    • "undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."

    • Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kuasa tertentu.

                             


    No comments:

    Post a Comment