Saturday 20 September 2014

BAB 3 :SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA



 DEMOKRASI BERPARLIMEN 
  • Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adlah ditentukan oleh rakyat . dalam sistem demokrasi undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di dewan rakyat dan dewan Negara . sebuah Negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil Negara atau kerajaan yang demokratik . 

  • demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan  . rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala raja-raja menjadi lambang setia rakyat .

  • dibentuk hasil daripada proses pilihan raya . dalam proses pilihan raya , rakyat akan diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah akan menjadi wakil rakyat di parlimen . 

  • kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan  dan kemajuan dalam bidang ekonomi , politik , sosial dan sebagainya . 


FAEDAH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN  DI MALAYSIA

  • Kerajaan telah berjaya melancarkan dasar ekonomi baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara . 

  • kerajaan juga menggalakan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan , menambah kemahiran , menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran , pendapatan an kemakmuran negara . 

  • kerajaan juga akan menggalakkan penglibatan swasta alam usaha kerajaan untuk memesatkan pembangunan negara , meningkatkan kecekapan dan mencapai produktivitiyang lebih tinggi . 

  • kerajaan juga menitikberatkan pelajaran dan pendidikan , kemudahan-kemudahan pelajaran yang disediakan di negara ini bertujuan memupuk perpaduan negara dan memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih . 


2 comments:

  1. Sangat membantu utk orang yg suka study last minit hahaha thanks

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu utk orang yg suka study last minit hahaha thanks

    ReplyDelete