Saturday 20 September 2014

BAB 4 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA



 DEFINISI PERLEMBAGAAN 


  • Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang , adat atau peraturan yang lazim dipakai . 

  • Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan -keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan , sama ada di pusat ataupun diperingkat tempatan . 

  • Perlembagaan juga merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara . kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara . selain itu , ia juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat . 



SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN





  • Perlembagaan Malaysia pertama kai dikenali sebagai perlembagaan tanah melayu hari kemerdekaan dicapai . kemudian nama tu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 september 1963 selepas pembentukan Malaysia

  • Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang . Ia bermula dengan penguasaan british ke atas negeri perak , Selangor  negeri Sembilan dan Pahang juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu  (NNMB)

  • Walau bagaimanapun , bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu . Penentangan ini menyebabkan british memperkenalkan pula satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948 .

  • Hasil daripada perjanjian ini , lahirlah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948 . Perlembagaan baharu itu dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 .

  • Persidangan tersebut telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England) , Sir Ivor Jennings (Uk), Sir William Makell (Australia), B . Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) .

  • Perlantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah . Suruhanjaya reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk tanah melayu termasuk orang awam , parti politik , badan awam dan sebagainya . Akhirnya draf Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957 .



  

No comments:

Post a Comment