Saturday 20 September 2014

BAB 7 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA




    PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
    JENIS-JENIS PENCEMARAN

      Terdapat empat jenis pencemaran utama di Malaysia pada
      masa ini  iaitu pencemaran bunyi, udara, air dan darat/tanah :

       PENCEMARAN AIR


  • Antara punca pencemaran air di Malaysia ada banyak. Antaranya ialah pembuangan sampah yang tidak teratur ,najis, sisa perkilangan ,bahan kimia, tumpahan minyak.
  • Pencemaran air akan member kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum ,memasak ,membasuh dan lain-lain lagi.
  • Antara penyakit bawaan air tercemar adalah seperti hepatitis,cryptosporidium , cirit-birit, cacing dan sebagainya.
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai sejak 1978 bagi Mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenalpasti sumber-sumber pencemaran.
  • Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklasifikasikan kepada 3 kategori , iaitu Bersih(B), SederhanaTercemar (ST), danTercemar (T) . Pengkelasan sungai juga dilaksanakan setiap tahun berdasarkan IKA dan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) iaitu kelas l, ll, lll, IV dan V.Enam parameter  iaitu keperluan Oksigen Biokimia (BODs), keperluan Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH3-N),Pepejal Terampai (SS) ,Nilai Ph dan Oksigen Terlarut (DO) digunakan dalam pengiraan IKA.

KLASIFIKASI KUALITI AIR BERDASARKAN INDEKS KUALITI AIR

Parameter
Bersih
Sederhana Tercemar
Tercemar
IKA
81-100
60-80
0-59
Keperluan Oksigen Biokimia
91-100
80-90
0-79
Ammoniakal Nitrogen
92-100
71-90
0-70
Pepejal Terampai
76-100
70-75
0-69

    

           PENCEMARAN BUNYI



  • Pembangunan masa ini telah memberi kesan kepada pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi boleh disebabkan oleh pertambahan kenderaan bermotor dan juga sektor pembinaan . Pencemaran bunyi biasanya banyak berlaku di kawasan Bandar


       PENCEMARAN UDARA




  • Pencemaran Udara Membawa maksud berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya yang tidak baik ke atas kehidupan manusia atau haiwan .Bahan kimia tersebut jika terampai di udara dalam jangka masa tertentu dan dalam jumlah yang tertentu akan member kesan negatif kepada kehidupan.


  • Bahan kimia ini jika terlampau banyak akan memasuki tubuh manusia dan masuk kedalam sistem pernafasan dan menyekat pengaliran oksigen keseluruh darah manusia.
   

  • Antara bahan pencemar udara ialah karbon monoksida, nitrogen dioksida, plumbum, dan  sulfur dioksida yang berpunca dari pada kilang, pembakaran terbuka serta pembakaran hutan, penyemburan racun perosak dan penggunaan baja dalam sektor pertanian. Kesannya ialah penipisan lapisan ozon, hujan asid,pemanasan global dan jelebu.


  • Jabatan Alam Sekitar menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara.Parameter yang diawasi termasuklah karbon monoksida, nitrogen dioksida ozon dan habuk halus.Alat pengawasan secara telemetri memberikan bacaan serta merta tentang tahap pencemaran udara. Alat ini dipasang di kawasan perindustrian , kediaman , komersial dan kawasan yang sesakd engan lalu lintas.
  • Data berhubung dengan indeks pencemaran udara(IPU) dilakukan oleh JAS setiap masa.Indeks bagi menunjukkan status kualiti udara oleh JAS sepert  jadual berikut.

                  IPU
             Status IPU
0-50
Baik
51-100
Sederhana
101-200
Tidaksihat
201-300
Samgattidaksihat
301-500
Berbahaya
Melebihi 500
Kecemasan



       PENCEMARAN TANAH 



  • Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah. Bahan pembuangan tersebut terbahagi kepada dua iaitu cecair dan pepejal.Bahan buangan berbentuk cecair ialah bahan kimia, seperti sisa toksik dan racun. Pembuangan sampah sarap (pepejal) yang tidak terkawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah.

No comments:

Post a Comment