Saturday 20 September 2014

BAB 5 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN



BAB 5:KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN 

KONSEP-KONSEP ALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK 



  • Etnik bermaksud satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hamper sama, sama ada dari aspek adat resam , Bahasa,pakaian atau kegiatan ekonomi.Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras , bangsa dan kaum walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang berbeza.Dalam hal ini, ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan dengan biologi seperti keturunan dan perbazaan darah.



  • Dalam konteks masyarakat Malaysia ,terdapat pelbagai kelompok dan etnik yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik yang sama.Dalam konteks Negara Malaysia dan juga perbincangan ini,kumpulan etnik merujuk kepada pelbagai kaum yang wujud di Negara ini seperti Melayu,Cina, dan India. Setiap etnik berbeza berdasarkan cirri budaya , kegiatan ekonomi , cara berpakaian ,pola keluarga , orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.



  •  Syed Husin Ali mendefinisikan etnik sebagai :

     “ The term ‘ethnic’ is preferred here to ‘racial’ or ‘communal ’. To my mind, the         term ‘ethnic group’ describes most appropriately not only the three major             group . but it also all the other component groups in the whole country ”
   

 KAUM /ETNIK UTAMA DI MALAYSIA


Semenanjung Malaysia
Sarawak

Sabah
Melayu
Iban
Kadazan
Cina
Melanau
Bajau
India
Bidayuh
Murut
Sikh
Orang Ulu
Dusun
Thai
Bisaya

Orang Asli
Melayu




KONSEP-KONSEP PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK


  1. Prejudis
  • Pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka
    2. Streotaip
  • Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

    3. Diskriminasi
  • Perbuatanmembeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskanciri-cirietnik.

    4. Etnosentrik
  • Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu .Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.

   5. Etnosentrisme
  • Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebihbaik daripada budaya lain.

    6.Ras
  • Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit , rambut dan mata.

  7. Rasisme
  • Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.

   8. Bangsa 
  • Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah ,tradisi dan budaya ,Bahasa serta kadang kala agama.



TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA : DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI


a)  Segregasi
b) Akomodasi
c)   Akulturasi
d) Asimilasi
e)  Amalgamasi
  



   1. Segregasi
  • Pada peringkat awal,ia memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik  di Tanah Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihat semasa penduduk British di Tanah Melayu dulu. Orang Melayu,Cina dan India hidup terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani , maka tempat tinggal mereka adalah di kampung-kampung pedalaman dan pesisiran pantai . Orang Cina pula bekerja sebagai peniaga, pedagang serta pelombong dan kebanyakan mereka tinggal di pinggir Bandar dan kawasan Bandar.Orang India pula bekerja sebagai buruhdan penorehgetah dan tinggal di kawasan estet dan ladang-ladang.

    2. Akomodasi
  • Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing. Dalamkonteks Negara Malaysia, masyarakat Melayu ,Cina,India , Sikh dan lain-lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula bagi konsep akomodasi ini ialah A+B+C=A+B+C.

           

   3. Akulturasi
  • Suatu proses penerimaan untuk kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain . Walaupun sesuatu kelompok atau budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum atau etnik yang menerimanya .Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan, pakaian dan segalanya.

   4. Asimilasi
  • Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk sesuatu budaya dan identiti yang sama . Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan . Dengan kata lain asimilasi berlaku apabila

     

     a) Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
     
     b )Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi

     c) Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama.
          

   5. Amalgamasi


  • Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan rasa yang baru. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campuran antara etnik atau kaum.

No comments:

Post a Comment