Saturday 20 September 2014

BAB 8 : PERMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN





MENGAPA MANUSIA PERLU BERAGAMA ?


        Agama
  • Merupakan satu bentuk hubungan antara manusia dengan kuasa yang luar  biasa. Ia merupakan satu bentuk hubungan yang  suci yang mana manusia mengganggap kuasa luar biasa tersebut (disebut sebagai tuhan) dapat memberikan perlndungan dan keselamatan kepada mereka.

  • Secara amnya  ia merupakan satu hakikat hubungan antara manusia dengan  yang maha kuasa. Di sini jugalah wujudnya pergantungan manusia dengan yang maha kuasa. Selain itu, agama juga berperanan dalam menyatu padukan masyarakat , meningkatkan semangat nasionalisme , sumber pemerintahan,menentukan tradisi dan budaya , nilai hidup masyarakat,menegakkan sesuatu tamadun serta alat untuk perpaduan . Agama juga dapat membataskan perlakuan manusia dengan membezakan sesuatu perkara yang baik atau buruk.



       PEMBAHAGIAN AGAMA
  • Dua jenis  agama di dunia ini iaitu agama sama widan agama ciptaan manusia. Agama samawi adalah agama yang bersumberkan wahyu daripada Tuhan seperti agama Islam dan Kristian . Agama ciptaan manusia merupakan agama yang diilhamkan dan dilahirkan oleh falsafah manusia dan ada kalanya oleh ahli fikir masyarakat seperti agama animism , Confisius , Hindu, Buddha , Sikh , Tao , Shinto dan juga primitif


      PERBEZAAN DI ANTARA AGAMA DAN                       KEPERCAYAAN
        
   a)  Agama

  • satu bentuk hubungan yang suci antara manusia dengan kuasa yang luar biasa serta adanya kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kewujudan hukuman di atas segala perbuatan manusia.

   b) kepercayaan

  • masyarakat itu mempercayai akan sesuatu perkara dan ini dijelmakan dengan wujudnya pantang larang dan adat-adat dalam masyarakat tersebut. Pantang larang ini seterusnya di warisi dari generasi ke generasi . Perbezaan antara agama dengan kepercayaan ialah kepercayaan tidak ada konsep hidup selepas mati serta pembalasan di atas segala perbuatan baik dan buruk.

     PERANAN AGAMA KEPADA MANUSIA

  • Setiap manusia sebagai makhluk yang menghuni dunia ini perlu mempunyai pegangan agar kehidupan mereka berkemudi  dan ada tempat untuk mengadu. Agama ialah sumber untuk manusia mengadu tentang permasalahan hidup .  Apakah peranan agama yang sebenarnya ? Antara peranan agama adalah seperti berikut :

   a) Asas pembentukan nilai-nilai murni

  • Sudah menjadi fitrah manusia yang suka akan kebaikan,     keamanan dan kedamaian . Dengan adanya agama seseorang manusia itu akan terdidik dengansifat –sifat terpuji seperti hormatakan orang tua , jujur ,ikhlas, amanah, tidak menipu,hormati ibu bapa, guru dan sebagainya.

   b) Sumber undang-undang dan pemerintahan Negara
  • Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Sebelum kedatangan Islam , Tanah Melayu telah mempraktikkan Islam sebagai agama masyarakat melayu . Kini agama Islam telah dijadikan asas dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Negara.


    c) Identiti
  • Agama secara tidak langsung telah memberi identiti kepada penganutnya . Agama Islam telah memberikan identiti kepada masyarakat melayu di mana agama Islam telah menjadi asas kepada cara berpakaian, perlakuan,kesenian, adat, pemikiran dan seluruh gaya hidup orang Melayu.

   
  d) Kebudayaan dan kesenian
  • Secaraamnya agama telah membentuk kebudayaan dan kesenian bangsa . Agama dan budaya sebagaimana yang diterangkan di atas mempunyai kaitan antara satu sama lain.

   
 e) PembentukanTamadun
  • Sesebuah tamadun diukur kemunculan, kejatuhan dan kegemilangan adalah berdasarkan agama . Semua tamadun yang wujud di dunia ini di mulai dengan amalan keagamaan. Kegemilangan sesuatu tamadun ialah kerna kepatuhan masyarakat tersebut kepada agama dan kejatuhan sesuatu tamadun juga disebabkan oleh kurangnya pegangan agama oleh sesuatu masyarakat.

    
   f) Kewujudan semangat patriotitik
  • Agama secara khususnya memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat nasionalisme atau patriotisme masyarakat . Orang yang mempertahankan agama dan Negara dikira mati syahid.


  g) Memupuk perpaduan dalam masyarakat

  • Jika menggunakan agama Islam sebagai contoh, terdapat banyak dalil –dalil dalam Al-Quran dan hadis yang menyuruh hamba-hambanya agar berbuat baik sesame manusia , tolong-menolong , bertolak ansur , bekerjasama antara manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan mahu pun agama yang dianuti . Islam menggalakkan seluruh umat manusia agar saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan menjauhkan diri daripada persengketaan.


No comments:

Post a Comment