Saturday 20 September 2014

BAB 6 : PEMBANGUNAN NEGARA



BAB 6: PEMBANGUNAN NEGARA


RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN


Secaraumumnya , sejarah perancangan pembangunan Negara boleh dibahagikan kepada 3 fasa utama iaitu:


  • Perancangan zaman sebelum merdeka
  • Perancangan zaman selepas merdeka
  • Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru


MAKSUD PEMBANGUNAN

  • Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.


  • Secara keseluruhannya , pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi  matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunanekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan , pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosio ekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.

  • Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

                    

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN


RANCANGAN MALAYSIA LIMA

Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu rancangan . Ianya juga menyatakan peranan  indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.




1 comment:

  1. boleh tak huraikan 3 fasa utama pembangunan negara?terima kasih.:)

    ReplyDelete